Monday, May 6, 2013

Berita Terkini Mengenai KAGUM

Pengenalan

KAGUM merupakan singkatan nama bagi Koperasi Anak Generasi Usahawan Melayu.  Semasa proses pendaftaran secara online, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( SKM ) telah bersetuju meluluskan penubuhan Koperasi dengan syarat pada para 2.1 Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Anak Generasi Usahawan Melayu Kajang Berhad.

Pada 23hb Disember 2012, KAGUM telah mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan bagi menubuhkan Koperasi. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Restoran Sate Kajang Hj, Samuri, Kajang yang dihadiri seramai 50 orang bakal anggota. Melalui mesyuarat tersebut kata sepakat telah dicapai untuk menukar nama Koperasi Anak Generasi Usahawan Melayu Kajang Berhad kepada Koperasi Anak Generasi Usahawan Melayu Selangor Berhad. Pada 7hb Januari 2013, SKM telah memberikan kelulusan penukaran nama tersebut dengan sasaran anggota yang baru bagi koperasi ialah kepada usahawan dan peniaga-peniaga di kawasan operasi.

No comments:

Post a Comment