KEANGGOTAAN


Anggota hendaklah menghantar borang permohonan untuk menjadi anggota Koperasi KAGUM dan memastikan borang diisi dengan lengkap dan sempurna beserta dengan salinan kad pengenalan.
  1. Keanggotaan terbuka kepada penduduk tinggal di Selangor
  2. Menurut seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :
    1. warganegara Malaysia
    2. telah mencapai umur lapan belas tahun
    3. bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini
    4. bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu (1) tahun
  3. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi KAGUM.
  4. Fee masuk 
    • Tiap- tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fee masuk sebanyak RM10.00 sahaja dan saham sebanyak RM100.00 . Fee masuk menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Anggota Lembaga Koperasi.
  1. Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Anggota Lembaga Koperasi dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebab-sebabnya.

No comments:

Post a Comment